Jumaat, 22 Julai 2011

Tugasan Projek BMM3117


TUGASAN PROJEK



TAJUK PROGRAM  : PISMP

NAMA GURU PELATIH  :




TAJUK KURSUS  : BMM 3117
KAEDAH PENGAJARAN  BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

SEMESTER  : 1



TARIKH MULA
10 FEBRUARI 2010

TARIKH HANTAR

23 MAC 2010






1.  Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang komponen pengajaran mikro-makro dan mengaplikasikannya di dalam bilik darjah.

2.    Mempunyai pengetahuan dan kefahaman mendalam dengan dapat membandingbezakan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dengan tepat.

3.  Menyediakan pakej aktiviti pengajaran dan pembelajaran tahunan dan harian dengan menyerapkan elemen-elemen bestari

4.    Mengaplikasikan teknik pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah supaya dapat memupuk potensi semula jadi murid.

Kerja Kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1,2, 3,dan  4.


Objektif Projek

Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut :

1.      Membuat nota dan pengurusan grafik berdasarkan skop subjek Kaedah Pengajaran  Bahasa Melayu Sekolah Rendah

2.      Merancang dan membina satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Tahun 5 yang lengkap untuk pengajaran selama 60 minit.

3.      Memindahkan teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa ke dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH).

4.      Mengaplikasikan perancangan dalam Rancangan Pengajaran Harian sewaktu sesi amali di dalam kelas

Tajuk Projek (60%)


Seseorang guru yang berkesan mempunyai keupayaan mengaplikasikan pelbagai pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap dan konteks pelajarnya. Teknik pengajaran yang baik belum tentu akan dapat dilaksanakan dengan bermakna jika tidak dirancang dengan baik. Oleh itu, sebelum mengaplikasikan mana-mana sesi pengajaran, seseorang guru perlu merancang aktiviti pengajarannya dan memilih teknik yang sesuai dengan aktiviti berkenaan dan pada masa sama mengambil kira keupayaan serta persekitaran murid-muridnya.


Subtugasan:

1.        Berdasarkan pernyataan di atas, buat pembacaan dan kumpulkan maklumat yang berkait dengan skop subjek Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Sediakan hasil tugasan tersebut dalam bentuk nota dan pengurusan grafik.

2.        Rancang satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Bahasa Melayu yang lengkap dengan memberi penekanan kepada salah satu teknik pengajaran dan pembelajaran berikut:

a.             Main Peranan
b.             Simulasi
c.             Teater Bercerita
d.             Pentomin
e.             Mestamu
f.               Permainan Bahasa
g.             Latih Tubi

3.       Berdasarkan RPH yang telah dibina, anda dikehendaki melaksanakan pengajaran di dalam kelas. Setiap ahli dalam kumpulan dikehendaki memilih salah satu langkah dalam RPH berkenaan untuk diaplikasikan.


Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus

1.        Tugasan 1 dilaksanakan secara individu dan tugasan 2 serta tugasan 3 dilaksanakan secara berkumpulan yang dianggotai serama 2 atau 3 orang.

2.        Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul maklumat.

3.        Gunakan maklumat yang dikumpul sebagai bahagian utama isi tugasan taksiran kumpulan.

4.        Amalan plagiat tidak dibenarkan.

5.        Panjang tugasan tidak kurang daripada 15 muka surat (termasuk persembahan visual)

6.        Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran keseluruhan 60%.

7.    Anda perlu merujuk Buku Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Kerja Kursus Berasaskan Ilmu Edisi Pelajar untuk melaksanakan tugasan ini.


Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:

1.                  Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.

2.         Tugasan anda perlu merangkumi perkara berikut:

i.         Pemahaman yang mendalam berkait dengan perancangan dan format RPH Bahasa Melayu serta teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa.

ii.    Teknik pengajaran dan pembelajaran yang dipilih mestilah merangkumi salah satu teknik yang disenaraikan dalam tugasan.

iii.        Bukti dan bahan-bahan yang menyokong hujah anda hendaklah dikemukakan.

iv.      Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dan sokongan ilmiah.

v.       Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.



Kriteria Pemarkahan

Tugasan akan disemak berdasarkan kriteria pemarkahan yang telah ditetapkan.



Disediakan                                          Disemak                                              Disahkan




...............................                             ..................................                          ...........................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan