Jumaat, 22 Julai 2011

TEORI FONETIK, FONOLOGI DAN SEBUTAN BAKU

FONOLOGI


Fonologi ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia.  Bunyi-bunyi itu pula ialah bunyi-bunyi yang bermakna.   Pertuturan ialah bunyi-bunyi yang bermakna kerana apabila dua orang bertutur, mereka saling memahami perkara yang dituturkan. Dengan itu, bunyi yang bermakna itu ialah bunyi bahasa.  Bunyi bahasa ialah bunyi yang bermakna yang dihasilkan oleh alat artikulasi. Fonologi dapat dipecahkan kepada dua bahagian, iaitu fonetik dan fonemik.


Fonetik: Fonetik ialah kajian yang ditinjau dari segi bahan fizik atau jizim yang mewujudkan bentuk ucapan.  Oleh itu, fonetik ialah kajian yang berkaitan dengan:

KAJIAN
FONETIK

    1) Alat-alat yang menghasilkan bunyi atau fonetik artikulasi
  
    2) Sifat bunyi atau fonetik akustik
    3) Pendengaran, iaitu bunyi yang keluar dari mulut atau fonetik auditori
                                      
                                                    

                             




SOALAN :

Apakah perbezaan natara fonetik dengan fonologi?

1.  Abdullah Hassan (1984). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia, Petaling
      Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

2. Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006). Fonetik dan Fonologi,Kuala  Lumpur: PTS Professional Sdn. Bhd.
SEBUTAN BAKU

3.  Raminah Sabran dan Rahim Syam (1985). Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab
        Perguruan
, Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 (Disemak 1978) mencatatkan tujuan Lembaga Pengelola DBP seperti berikut:

“(v) menstandardisasikan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah teknik yang sesuai dalam bahasa kebangsaan”

Definisi Sebutan Baku

Sebutan baku ialah sebutan yang digunakan dalam situasi formal atau rasmi. Urusan atau kegiatan yang ditakrifkan sebagai formal termasuklah yang berikut:

a. Pengajaran dan pembelajaran formal di institusi pendidikan oleh pegawai pendidikan, penyarah, guru dan pelajar.

b.   Ucapan pada khalayak ramai seperti pidato, cermaha, syarahan, perbahasan, forum, pengumuman dan kuliah.

c.   Komunikasi rasmi dan perbincangan di sektor awam seperti mesyuarat rasmi, temu duga, wawancara, dan ucapan pada upacara rasmi.

d.   Siaran melalui media elektronik (radio, televisyen dan filem), seperti pembacaan berita, penyampaian hebahan,ulasan, dan pengacaraan sesuatu rancangan.


Dasar Sebutan Baku

Dasar umum telah ditetapkan bahawa sebuatan baku bagi kata bahasa Melayu hendaklah berdasarkan ejaan, iaitu sebutan menurut pelambangan huruf dan penyukuan serta fungsinya dalam ayat.

a.   Sebutan huruf: Pada umumnya setiap huruf dalamejaan Rumu dan Jawi hendaklah dilafazkan dengan jels menurut nilai bunyi bahasa Melayu yang dilambangkannya.

b.   Sebutan kata : Sebutan kata hendaklah berdasarkan ejaan secara keseluruhan dan juga berdasarkan bentuk kata (pola-pola suku kata), sama ada kata dasar atau kata terbitan.

c.   Intonasi : Intonasi ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktu bercakap, dan hendaklah berdasarkan jenis dan bentuk ayat atau kalimat dalam bahasa Melayu.

Soalan:
Ada pandangan menyatakan bahawa sebutan baku bahasa Melayu lebih mirip kepada bahasa Indonesia. Apakah pandangan anda?
Pelaksanaan Sebutan Baku

a)      Dalam Kongres Persuratan Melayu Ketiga (1956) diputuskan bahawa sebutan bahasa Melayu ialah sebagaimana yang dieja. Hal ini bermakna sebutan bahasa Melayu mengikut bunyi ejaan.

b)      Pelaksanaan penggunaan sebuatan baku di sektor pendidikan di Malaysia bermula pada penggal dua tahun 1988. Pelaksanaan ini berdasarkan “Pekeliling Ikhtisas Bil. ii/1988:Pelaksanaan Sebutan Baku Ejaan Rumi Bahasa Malaysia di Sekolah-sekolah” bertarikh 2 April 1988.

c)      Sektor kerajaan yang lain, swasta dan orang ramai digalakkan untuk menggunakan sebutan baku dalamkomunikasi lisan tertentu.

d)      Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai saluran media rasmi kerajaan tidak bersedia untuk melaksankan sebutan baku bahasa Melayu.
.
e)      Pada tahun 2020, sebutan baku dimansuhkan.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan