Jumaat, 22 Julai 2011

Artikulasi dan Artikulator


    Artikulasi Vokal

    FONOLOGI
    Fonologi ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia.  Bunyi-bunyi itu pula ialah bunyi-bunyi yang bermakna.   Pertuturan ialah bunyi-bunyi yang bermakna kerana apabila dua orang bertutur, mereka saling memahami perkara yang dituturkan. Dengan itu, bunyi yang bermakna itu ialah bunyi bahasa.  Bunyi bahasa ialah bunyi yang bermakna yang dihasilkan oleh alat artikulasi. Fonologi dapat dipecahkan kepada dua bahagian, iaitu fonetik dan fonemik.
    Fonetik: Fonetik ialah kajian yang ditinjau dari segi bahan fizik atau jizim yang mewujudkan bentuk ucapan.  Oleh itu, fonetik ialah kajian yang berkaitan dengan:

    KAJIAN
    FONETIK

        1) Alat-alat yang menghasilkan bunyi atau fonetik artikulasi
      
        2) Sifat bunyi atau fonetik akustik
        3) Pendengaran, iaitu bunyi yang keluar dari mulut atau fonetik auditori


    Fonemik: Fonemik  ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi sesuatu bahasa,  iaitu pengkajian tentang fungsi atau struktur bunyi  bahasa itu.
    Fonem:  Fonem ialah bunyi bahasa yang menunjukkan perbezaan erti.  Misalnya kata bayang dan layang.  Bunyinya hampir sama.  Yang berbeza hanya [b] dan [l].  Tentulah bunyi-bunyi ini yang menyebabkan perbezaan erti itu.  Oleh itu /b/ dan /l/ ialah fonem.  Fonem dan transkripsi fonem diletakkan dalam kurungan /    /.
    Bunyi-bunyi yang berbeza dalam pasangan kata yang berikut merupakan fonem-fonem yang berasingan.
    tabah   -  tapah                        tekak    -  tegak
    sabun  -  sabung                     baru     -  balu
    wang   -  bang                         siang   -  tiang
    Pasangan kata yang menunjukkan perbezaan perkataan yang paling kecil tetapi kedua-dua perkataan yang berpasangan itu mempunyai makna yang berlainan, dinamakan pasangan minimal atau pasangan terkecil.  Sekiranya pasangan perkataan yang mempunyai perbezaan yang minimal tadi tidak berbeza maknanya, maka bunyi yang berbeza itu bukanlah dua fonem yang berlainan tetapi merupakan alofon dari satu fonem.  Keadaan ini disebut variasi atau kelainan bebas.  Contoh:  /faham/ - /paham/ dan /bilik/ - /bili?/.         
    Fonem Vokal: Terdapat enam (6) fonem vokal dalam bahasa Melayu, iaitu /a/, /  /, /e/, /u/, /o/. Cuba lengkapkan jadual di bawah dengan memberikan contoh-contoh perkataan yang menunjukkan penyebarannya  dengan menggunakan transkripsi fonetik.
    Bil.
    Fonem
    Penyebaran (gunakan transkripsi fonetik)
    Awal
    Tengah
    Akhir
    1.
    /a/
    [abu]
    [sah]
    [uda]
    2.
    /e/*



    3.
    /e/*



    4.
    /i/



    5.
    /o/



    6.
    /u/



    * Fonem /e/ di atas terdiri daripada /e/ pepet dan /e/ taling.  Kenal pasti yang mana bentuk /e/ bagi perkataan “emas” dan yang mana “cerek”.

    Fonem Konsonan: Terdapat  25 fonem konsonan dalam bahasa Melayu seperti yang terdapat dalam jadual. Lengkapkanlah jadual di bawah dengan memberikan contoh-contoh perkataan yang menunjukkan penyebarannya  dengan menggunakan transkripsi fonetik.


    Bil.
    Huruf
    Fonem
    Penyebaran (gunakan transkripsi fonetik)
    Awal
    Tengah
    Akhir

    1.

    b

    /b/

    [buku]

    [tebu]

    [adab]

    2.

    c

    /c/




    3.

    d

    /d/




    4.

    f

    /f/




    5.

    g

    /g/




    6.

    gh

    /x/




    7.

    h

    /h/




    8.

    j

    /j/




    9.

    k

    /k/




    10.

    kh

    /x/




    12.

    l

    /l/




    13.

    m

    /m/




    14.

    n

    /n/




    15.

    ng

    /n/




    16.

    ny

    /n/




    17.

    p

    /p/




    18.

    q

    /q/




    19.

    r

    /r/




    20.

    s

    /s/




    21.

    s

    /s/




    22.

    t

    /t/




    23.

    v

    /v/




    24.

    w

    /w/




    25.

    z

    /z/




                 Alat Artikulasi (Artikulator): Alat artikulasi atau artikulator ialah organ yang menghasilkan bunyi bahasa, iaitu alat yang menerbitkan bunyi setelah udara dari paru-paru dipam ke organ-organ yang terlibat.  Perbuatan ini asalnya adalah untuk keperluan pernafasan, iaitu untuk menyedut oksigen bagi membersihkan darah.  Di samping itu, aliran udara juga digunakan untuk mengeluarkan bunyi bahasa.  Dalam ujaran bunyi bahasa ini tercakup semua organ dalam sistem pernafasan dan organ sebutan.  Organ-organ ini penting dalam sistem aliran udara yang menyebabkan penghasilan bunyi.



    1.      bibir atas
    2.      bibir bawah
    3.      gigi atas
    4.      gigi bawah
    5.      gusi
    6.      lelangit keras
    7.      lelangit lembut
    8.      anak tekak
    9.      hujung lidah
    10.  hadapan lidah
    11.  tengah lidah
    12.  belakang lidah
    13.  akar lidah
    14.  epiglottis
    15.  pita suara
    16.  rongga tekak
    17.  rongga hidung
    18.  rongga mulut
    19.  rahang




    Bunyi-bunyi bahasa ialah gelombang bunyi yang terjadi pada arus udara yang bergerak.  Udara keluar dari paru-paru melalui tenggorok, pita suara, rongga tekak dan mulut atau hidung atau kedua-duanya.  Bunyi-bunyi bahasa dihasilkan apabila udara tersekat atau terhalang pada alat artikulasi ini.
              Di manakah halangan pertama yang berlaku pada udara yang keluar daripada paru-paru? Ya, mungkin berlaku pada pita suara.  Pita suara ialah dua membran yang anjal/ elastik yang terletak dalam peti suara.  Membran itu adalah seperti “pita” yang melekat pada dinding peti suara dan terentang dari depan ke belakang.  Apabila pita suara kendur dan renggang, udara lalu tanpa halangan.  Ruang yang renggang itu dipanggil glotis.
             Apakah peranan pita suara ketika menghasilkan bunyi-bunyi bahasa?   Apabila pita suara kendur dan renggang, glotis terbuka (Rajah 2.4).  Keadaan ini  terjadi pada waktu bernafas dan penghasilan sesetengah bunyi seperti /s/ dan /p/,   iaitu bunyi tidak bersuara.  Apabila pita suara tegang dan rapat, glotis tertutup (Rajah 2.5).  Udara tidak dapat keluar,  tetapi boleh menghasilkan bunyi letupan glotis /?/. Selain itu, pita suara itu mungkin dirapatkan tetapi tidak berapa tegang sehingga udara boleh melaluinya dan pada waktu itu pita suara bergetar.  Bunyi yang terhasil ini dikenali sebagai bunyi bersuara.  Jadi, pita suara berfungsi dan menentukan bunyi bersuara atau bunyi tidak bersuara.
            Selepas udara melalui pita suara, udara bergerak ke rongga tekak.  Dari rongga tekak udara boleh keluar melalui rongga tekak (oral) atau rongga hidung (nasal).  Manakala lelangit manusia terbahagi dua.  Di sebelah depan dinamakan lelangit keras dan di bahagian belakang, dikenali sebagai lelangit lembut.  Bahagian hujung lelangit lembut dinamakan anak tekak.  Lelangit lembut dan anak tekak boleh digerak-gerakkan.  Apabila bunyi /a/ dikeluarkan, lelangit lembut dinaikkan hingga kena pada belakang tekak dan dengan itu menutup rongga hidung.  Bunyi /a/ dikeluarkan melalui rongga oral.  Oleh itu a ialah bunyi oral. Bunyi nasal pula ialah bunyi yang dikeluarkan melalui rongga hidung.  Lelangit lembut pada waktu itu diturunkan dan rongga oral ditutup dengan beberapa cara, antaranya dengan merapatkan dua bibir.
    Fonem Segmental: Organ-organ yang dinyatakan di atas ialah organ-organ penting yang menghasilkan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Yang berikut diperjelaskan organ sebutan yang melibatkan penghasilan bunyi vokal.
    Bunyi Vokal:  Vokal ialah bunyi oral, tetapi ada yang dinasalkan. Vokal jua ialah bunyi bersuara. Untuk menghasilkan vokal, udara keluar melalui rongga oral dengan tanpa sekatan. Sifat vokal ini ditentukan oleh kedudukan lidah dan keadaan bibir. Vokal dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga, iaitu vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang.   Rajah 3 memperlihatkan kedudukan bunyi vokal.
    Vokal Hadapan: Waktu menyebut bunyi akhir dalam kata geli, depan lidah dinaikkan tinggi dalam mulut.  Antara depan lidah dan lelangit  keras itu terdapat  saluran sempit untuk udara keluar.  Huruf akhir pada perkataan geli, dilambangkan [i].  Lambang ini [ ] ialah lambang fonetik.  Manakala bunyi [e] pada perkataan elok, saluran udaranya lebih luas kerana depan lidah dinaikkan tidak setinggi kedudukannya sewaktu membunyikan vokal [i].
            
                 Selepas anda menyebut bunyi [i],  pegang tulang rahang dan sebut bunyi [a].  Anda akan merasakan bahawa tulang rahang turun.  Saluran udara menjadi luas kerana depan lidah juga diturunkan.  Jadi bunyi [a] ialah bunyi vokal hadapan luas (rujuk Rajah 4). Bagi  vokal belakang, sebutlah bunyi akhir dalam kata batu.  Vokal ini ialah vokal [u].  Untuk menghasilkan bunyi ini pula, bibir dibundarkan dan belakang lidah dinaikkan dekat dengan lelangit lembut.  Cuba letakkan tangan di bawah rahang dan sebut [u], kemudian sebut [o].  Pasti ada perbezaan kerana vokal [o] juga vokal belakang, tetapi kedudukan belakang lidah lebih rendah dari  menghasilkan bunyi [u].






    Rajah 4:  Kedudukan rahang/bibir, lidah ketika menghasilkan bunyi [a], [u] dan [i].
    Vokal tengah  [] : Berdasarkan Rajah 4, terdapat vokal tengah dalam bahasa Melayu, iaitu [].  Vokal ini dihasilkan dengan meletakkan tengah lidah dekat dengan lelangit.  Bibir dihamparkan.  Sungguhpun begitu ada dua vokal kata pinjaman dan dalam bahasa baku sebagai kelainan bagi [e] iaitu [      dan       ].
    Vokal dinasalkan:  Pada masa vokal-vokal hadapan dan belakang dikeluarkan melalui rongga oral, lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga nasal. Vokal-vokal yang dikeluarkan melalui rongga oral dan nasal ini dikenali sebagai vokal yang dinasalkan (nasalisasi), iaitu ketika lelangit lembut diturunkan.  Vokal ini ditandakan dengan [~] atas lambang vokal.  Contohnya [nani], semasa kata ini dituturkan, udara tidak seratus peratus keluar melalui rongga mulut tetapi apabila [n] disebutkan ada aliran udara yang melalui rongga hidung lalu terjadilah sengauan.  Tanda [~] diwujudkan pada vokal yang seterusnya, iaitu [na].
    Diftong: Diftong ialah gabungan dua vokal yang terdapat dalam satu suku kata, yang disebut secara berterusan tanpa ada segmen.  Dalam penghasilannya, terdapat ciri geluncuran tetapi ada satu puncak.  Ada tiga jenis diftong dalam bahasa Melayu sebagaimana diperlihatkan pada Rajah 5:





    Rajah 5:  Pergerakan lidah untuk membunyikan diftong
    Yang pertama ialah diftong [ai].  Pada masa ini bahagian depan lidah  mula-mulanya berada pada kedudukan untuk vokal [a] kemudian bergerak kepada kedudukan untuk vokal [i] tetapi tidak setinggi sebagaimana membunyikan [i]. Contoh, [pakai].
    Yang kedua pula ialah diftong [au].  Pada masa ini  depan lidah berada pada kedudukan untuk vokal [a] kemudian bergerak kepada kedudukan untuk vokal [u]; bibir yang mula-mula dihamparkan, kemudian dibundarkan pula.  Contoh, [pulau].
    Diftong yang ketiga ialah diftong [oi].  Semasa dihasilkan lidah berada pada kedudukan [o] dan kemudian bergerak kepada [i], bibir yang mula-mula bundar tetapi kemudian berkeadaan hampar. Contoh, [amboi].
    Konsonan: Konsonan ialah bunyi-bunyi bahasa yang sewaktu dikeluarkan menerima sekatan, sempitan dan geseran, sama ada di bahagian rongga mulut, tekak atau hidung.  Bunyi-bunyi konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara.




    Rajah 5:  Carta konsonan  bahasa Melayu
    Konsonan Letupan: Ada sembilan konsonan yang dikeluarkan dengan udara ditahan dan dilepaskan dengan cepat.  Konsonan yang dihasilkan dengan cara ini dipanggil letupan.
    Konsonan [p] dan [b]:   Jika lelangit lembut dinaikkan dan bibir dirapatkan, kemudian udara tersekat pada dua bibir dan udara dipaksa keluar.  Jika dengan cepat dibuka mulut, keluarlah bunyi [p].  Penghasilan konsonan ini dinamakan letupan dua bibir tak bersuara kerana pita suara tidak bergetar.  Jika pita suara bergetar, bunyi itu ialah letupan dua bibir bersuara [b].
    Konsonan [t] dan [d]:  Udara bukan sahaja boleh tersekat dengan merapatkan dua bibir,  tetapi juga dengan mengenakan hujung lidah pada gusi, lelangit lembut dinaikkan dan udara tertahan.  Jika proses sekatan ini dilepaskan, terdapat bunyi [t] letupan gusi tak bersuara.  Jika pita suara digetarkan, terbitlah bunyi letupan gusi bersuara [d].
    Konsonan [k] dan [g]:  Bunyi letupan lelangit lembut tak bersuara [k] dan  letupan lelangit lembut bersuara [g].   Untuk menghasilkan bunyi [k], belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk menyekat arus udara.  Di samping itu, lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan ke rongga tekak bagi menyekat arus udara ke rongga hidung.  Untuk menghasilkan bunyi [g] caranya sama seperti bunyi konsonan [k] tetapi pita suara dirapatkan, arus udara yang keluar melalui rongga mulut menggetarkan pita suara. 
    Konsonan [c] dan [j]:  Bunyi [c] dihasilkan apabila hadapan lidah dinaikkan rapat ke lelangit keras untuk membuat sekatan pada arus udara.  Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan terhadap arus udara ke rongga hidung.
    Pada masa ini pita suara direnggangkan, arus udara yang melalui rongga mulut tidak menggetarkan pita suara tetapi udara yang tersekat di hadapan lidah dan lelangit keras dilepaskan perlahan-lahan.  Untuk menghasilkan konsonan [j] proses yang sama dilakukan tetapi pita suara bergetar.
    Hentian [?]:  Hentian glotis terhasil dengan cara lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara ke rongga hidung.  Pita suara dirapatkan dan arus udara yang keluar daripada paru-paru tersekat di bahagian rapatan pita suara udara menyebabkan pita suara tidak bergetar dan hentian glotis akan dihasilkan.
    Konsonan geseran
    [s]  -  Mula-mula hadapan lidah dinaikkan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara.  Pada masa ini lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara ke rongga hidung.  Pita suara direnggangkan.  Arus udara melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara, lalu terhasillah bunyi [s], bunyi geseran gusi tak bersuara.
    [h]  -  Apabila udara keluar melalui pita suara yang arenggang dan rongga mulut berkeadaan seperti sewaktu mengeluarkan bunyi vokal, bunyi [h] yang dinamakan bunyi geseran glotis tak bersuara akan dihasilkan.
    Konsonan getaran
    [r]   -   apabila hujung lidah diletakkan dekat gusi sehingga udara melalui antara lidah dan gusi, lidah bergetar.  Lelangit lembut pada waktu itu dinaikkan.  Bunyi yang terhasil dinamakan bunyi getaran gusi bersuara [r].
    Konsonan getaran
    [l]  -  hujung lidah dinaikkan ke gusi dan menyekat udara.  Lelangit lembut dinaikkan dan pita suara bergetar.  Udara keluar melalui tepi-tepi lidah.  Bunyi yang dihasilkan dinamakan bunyi sisian gusi bersuara [l].
    Konsonan sengauan (nasal): Ada empat bunyi nasal dalam bahasa Melayu.  Apakah yang membezakan bunyi-bunyi nasal tersebut? Perbezaannya berlaku pada daerah udara disekat yang berlaku pada rongga mulut.  Pita suara digetarkan dan lelangit lembut dinaikkan.
    [m]  -  dua bibir dirapatkan untuk menhasilkan sengauan dua bibir bersuara [m].
    [n]  -  hujung lidah dinaikkan ke gusi untuk menghasilkan sengauan  gusi bersuara [n].
    [n]  -  tengah lidah dinaikkan ke lelangit keras untuk menghasilkan bunyi sengauan lelangit
             keras bersuara
    [n].
    [n]  - belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut untuk menghasilkan sengauan lelangit
            lembut bersuara
    [n].
    Separuh Vokal: Untuk menghasilkan bunyi separuh vokal,  kedudukan lidah tidak tetap, tetapi bergerak dan membuat luncuran.  Ada dua jenis bunyi separuh vokal.  Separuh vokal yang dimaksudkan itu adalah seperti yang berikut.
    [w] - lidah mula-mula seperti untuk membunyikan [u], kemudian bergerak pada vokal yang
             lain.  Bunyi ini dinamakan separuh vokal dua bibir bersuara.
    [j] - Kedudukan lidah pada mulanya seperti untuk membunyikan [i], kemudian bergerak
            kepada kedudukan vokal yang lain.  Bunyi ini dinamakan separuh vokal lelangit keras
            bersuara.
    Konsonan Pinjaman: Selain konsonan-konsonan yang kita nyatakan di atas, ada konsonan yang dimasukkan ke dalam bahasa Melayu melalui kata-kata asing yang dipinjam.  Banyak konsonan dalam kata pinjaman telah digantikan dengan konsonan Melayu seperti bunyi-bunyi dari bahasa Arab dalam bunyi [th] menjadi [s]; [gh] menjadi [g]; [dh] menjadi [d] dan [dz] menjadi [z].  Walau  bagaimanapun, ada yang bunyi asalnya terus digunakan dalam banyak kata dan digunakan sehingga kini. Bunyi-bunyi itu ialah bunyi-bunyi geseran.
    [f] dan [v] -bunyi-bunyi ini dihasilkan dengan merapatkan bibir bawah atas sehingga
                            apabila udara melalui terdapat geseran.  Lelangit lembut dinaikkan.  Pita
                            suara tidak bergetar untuk membunyikan [f] iaitu bunyi geseran bibir gusi
                            tidak bersuara
    .  Manakala untuk membunyikan [v] pita suara bergetar yang
                         menghasilkan bunyi geseran bibir gusi bersuara.
    [z] – bunyi ini dihasilkan seperti menghasilkan [s].  Membunyikan [z] berbeza apabila pita
             suara bergetar. Oleh itu, konsonan yang dihasilkan ini dinamakan geseran gusi
             bersuara
    .
    [s] – pada waktu pengeluarkan bunyi ini lelangit lembut dinaikkan dan depan lidah dinaikkan
            ke lelangit keras.  Pita suara tak bergetar.  Geseran yang dihasilkan dinamakan
             geseran gusi lelangit keras.
    Fonem Suprasegmental: Unsur-unsur bahasa  yang kita bicarakan sebelum ini ialah unsur-unsur segmental, kerana tiap-tiap satu bunyi merupakan satu segmen atau penggalan daripada arus tuturan.  Kita menuturkan segmen-segmen dengan berbagai-bagai tingkat tekanan dan nada.  Kadang-kadang kita berhenti sebentar sehingga terdapat kumpulan kata.  Kata-kata itu diucapkan sama rata atau mendatar sahaja. Ada empat lagi unsur bahasa yang perlu kita perhatikan, iaitu tekanan, nada, jeda dan panjang-pendek.  Unsur-unsur ini dinamakan suprasegmental.
    Tekanan: Tekanan menunjukkan kelantangan sesuatu suku kata yang menandakan keras atau lembutnya penyebutan sesuatu suku kata tersebut.  Lambang yang digunakan untuk tekanan ialah /’/.  Lambang ini diletakkan di atas suku kata yang menerima tekanan itu misalnya /buda?/.  Dalam bahasa Melayu, tekanan tidak membezakan makna.
    3 
     
    2
     
    Nada: Nada ialah kadar meninggi atau menurun pengucapan sesuatu suku kata atau perkataan.  Nada ditandai oleh  nombor-nombor 1  rendah, 2 biasa, 3 tinggi, 4 tinggi sekali.  Ayat penyata biasanya dimulakan dengan nada 2; kemudian nada itu menaik bila ada tekanan dan turun hingga 1. 
                                                                                  Contoh:    Saya  hendak  balik. 
    Dalam bahasa Melayu juga nada tidak fonemik.   Hal ini bermaksud bahawa nada tidak mempunyai sifat-sifat bunyi seperti penghasilan sesuatu fonem.
     Jeda: Jeda juga disebut sebagai persendian ialah unsur hentian yang memisahkan antara unsur-unsur linguistik, sama ada perkataan, ayat atau rangkai kata.  Lambang yang digunakan untuk jeda ialah # .   Unsur ini boleh membezakan makna. 
    Contoh: [#saya makan nasi ema?#]  adalah berbeza maknanya dengan ayat  [#saya makan nasi # ema?].
    Panjang-pendek: Panjang pendek adalah kadar panjang atau pendeknya sesuatu bunyi itu diucapkan.  Lambang bagi fonem ini ialah [:] yang dinamakan mora.  Lambang [:] bererti panjang sebutan bunyi itu ialah satu mora.  Lambang [: :] menunjukkan dua mora dan lambang [.] adalah setengah mora.  Bagi bahasa Melayu, unsur ini tidak membezakan makna.

     1.    Abdullah Hassan (1984). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia, Petaling
            Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
     2.    Ab. Rahman Ab. Rashid et.al. (1997). Pengajian Melayu 1, Petaling  Jaya: Longman
            Malaysia Sdn. Bhd.
     3.    Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006). Fonetik dan Fonologi, Kuala Lumpur:
            PTS Professional Sdn. Bhd.
     4.    Raminah Sabran dan Rahim Syam (1985). Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab
            Perguruan
    , Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan